30 October 2015

DIAMBANG SORE DI JALAN BEROP, TANJONG MALIM

Jalan Berop diwaktu sore.... Terasa ketenangan dan kedamaian. 
Indahnya kampung halamanku...

Kenapa kita sayang kampung kita?? 
Semuanya kerana... disini bermulanya sebuah kehidupan, disini kita belajar menghargai hubungan kekeluargaan, disini kita mula mengenal erti persahabatan dan persaudaraan, disini kita dibesarkan, disini kita meneruskan kehidupan...dan disini... kita tidak akan pernah keseorangan!!



INDAHNYA TANJONG MALIM TANAH BERTUAH



Indahnya pemandangan Tanjong Malim Tanah Bertuah.... Tenang dan damai. Merpatipun turut merasai hebatnya kurnia Ilahi Tanah Bertuah ni

Arena Square, Tanjong Malim



Dulu-dulu... Bila kayuh basikal balik sekolah petang-petang, selalu terlihat cikgu-cikgu pelatih MPSI yang lelaki duduk beramai-ramai atas rel besi jambatan Sg Bernam ni. Bila dah nak abis pengajian, lepas sorang-sorang bergambar di jambatan. Saya cuma pandang dan mengukir senyuman pada mereka.
Hari ini, pastinya gambar-gambar itu menjadi kenangan yang terindah... 
Sg Bernam, pemisah Selangor dan Perak



Bila takder kereta, jalanraya utama di Ulu Bernam ni kelihatan sepi tapi tenang. Panorama yang indah berlatar belakang Bukit Changkat Asa. Tidak sah menjadi Anak Tanjong Malim kalau tak pernah panjat bukit tu.

Jalan Ulu Bernam

BANJIR BESAR DI TANJONG MALIM TANAH BERTUAH 1971


Tanjong Malim Tanah Bertuah mengalami banjir besar pada tahun 1971. Air yang melimpah tebing memecahkan sebahagian dari tebing lalu menenggelamkan Kampong Kubu dan Pekan Tanjong Malim.










KENANGAN DI SDAR HUJUNG 60AN














Pelajar-pelajar beratur untuk ke Masjid Jamek, Tanjong Malim bagi menunaikan solat Jumaat


Gambar-gambar ikhsan dari : Wan Baharuddin bin Wan Ismail 

BANGUNAN-BANGUNAN LAMA

Stesen Keretapi Tanjong Malim
Pekan Tanjong Malim

Pejabat Pos Tanjong Malim
Papan Tanda Tanjong Malim Tanah Bertuah

Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim 



Masjid Jamek, Tanjong Malim 

Sultan Idris Training College (SITC)


Stesen Keretapi Tanjong Malim 

SELAMAT DATANG KE TANJONG MALIM TANAH BERTUAH

Pintu gerbang ini adalah mercu tanda yg menunjukkan anda sudahpun menghampiri Tanjong Malim Tanah Bertuah. Bagi anak-anak Tanjong Malim (ATM) yang jauh diperantauan, pastinya apabila terpandang sahaja pintu gerbang ni, hati dahpun berbunga-bunga... Terbayang wajah-wajah yang tersayang, terbayang seronoknya berkumpul dan bergurau-senda. Terbayang kenangan lalu. Satu demi satu bermain dimata....